Umar Naik Masjid 

2007年01月17日(水) 16時50分
Sambil-sambil pergi Maydeen, singgah sembayang di Masjid Al-Azim, Melaka. Tempat wuduk masa tu under construction, kena berjalan jauh untuk ambik wuduk. Pahala berganda-ganda Insyaallah.
Masjid Al-Azim, besar, nyaman dan indah..


Makan Pizza 

2006年12月04日(月) 16時00分

Suasana sekitar malam sambutan genap sebulan kelahiran Umar yang diraikan di Pizza Hut. Turut bersama memeriahkan majlis disamping atuk dan nenek ialah emak-emak dan bapa saudaranya. Menu: Piza versi empat segi..

Member Jepun 

2006年12月01日(金) 15時51分
Black & White

Hidenori-kun. Satu-satunya kawan Jepun masa kat U dulu yang masih kekal. Gambar ni diambil masa dia datang untuk kenduri kahwin ambo. Susah-payah ambik cuti lagi tu. Menetap kat Teratak Mercu (resort ke hotel…ntah) kat Bandar Pusat. Dia juga merangkap salah seorang camera-man ala bidan terjun masa hari kenduri tu. Dapat berita baru-baru ni yang dia pun dah kahwin awal tahun 2006. Sebenarnya dia dan 2 org member Jepun lain pernah datang ke rumah ambo masa cuti musim panas tahun 90-an dolu-dolu masa masih belajar kat U. 時のたつのは早いものだなあ... Time flies

Panorama 

2006年12月01日(金) 15時18分
3 dalam 1



Hasil karya seorang pelukis agung masa boring-boring... Hakcipta terpelihara.

Kansai-ben 

2006年12月01日(金) 13時41分

Kansai-ben (関西弁) ni sejenis dialek yang berpengaruh di Jepun. Dituturkan oleh orang-orang dalam kawasan Kansai. Ini termasuk la bandar-bandar seperti Osaka, Kyoto, Kobe, Nara dan lain lain. Kansai ben ni kalau di Malaysia lebih kurang macam bahasa/loghat Kelantan lah kalau ikut persamaan dari segi kekentalan penutur2nya mengekalkan dialek ni di walaupun diaorang pegi kat hujung dunia sekali pun.
Perbezaan ketara antara kansai ben dengan Tokyo ben (bahasa standard?) ialah sebutan pada hujung setiap ayat. Biasanya dalam bahasa standard akan diakhiri dgn ‘da’ (だ) tapi dalam kansai ben diakhiri dengan ya (や).
Contoh : Suki da. (standard)
Suki ya (Kansai)
Atau dalam BM Suka. (gemar)

Begitu juga bagi verb yang negatif, kalau ikut bahasa standard, berakhir dengan ‘nai’ (ない), tetapi dalam Kansai ben akan menjadi ‘hen’ (へん).
Contoh bagi perkataan ‘tidak pergi’:
Ika-nai (Standard)
Ika-hen (Kansai)

Tetapi kalau contohnya kita diajak pergi kemana-mana tapi kita tidak dapat pergi kerana sesuatu hal maka untu perkataan “tak dapat pergi” dalam Kansai ben akan jadi begini:
Ike-nai. (Standard)
Ike-hen. (Kansai-Kyoto)
Ika-rehen. (Kansai-Osaka)

Perhatikan perbezaan bagi ucapan tersebut untuk dialek kansai yg dituturkan di Kyoto dgn yang di tuturkan di Osaka. Kalau kita jawab ‘ike-hen’ di Osaka akan membawa maksud ‘aku tak mahu pergi’ bukan ‘aku tak dapat pergi’. Ini boleh menyebabkan si penanya akan berkecil hati. Oleh itu berhati-hati.

Selamat belajar!

Parking Training 

2006年12月01日(金) 12時21分
Guys.. Try this.. It's cool! おもろいぞ!

Click here Try this

Monolog Seekor Lalat 

2006年11月30日(木) 17時11分

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu,cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalahkan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...' atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau ' Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko
dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap. Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih celaka !.


Baca lagi..

Kelahiranmu (Versi Jepun) 

2006年11月30日(木) 16時51分
僕の息子はウマールちゃんと言います。2006年11月1日にipoh大病院で生まれた。生まれた時の体重は3.4 Kg でした。ウマールの意味は繁栄、長命、雄弁家といくつかある。
生まれ当日、その午後は呼吸困難と指摘されてNICU (新生児集中治療室)に運ばれることになった。そして、2ー3日後、黄疸にも診断された。その時の気持ちはアッラーにしか語れなかった。妻も同じでした。 妻は退院しても、ウマールを看護するためにNICU の隣に備えられる部屋に泊まらざるをえなかった。
妻と家族の祈り(doa) のおかげで、入院してから、5日めの日にウマールちゃんが退院の許可を得た。アッラーに感謝、感謝。
退院したばかりの時はあまり体が強くなかったみたいけど、今日は元気なお子ちゃんです。
これからも、健康に成長して欲しいと毎日祈ってます。

Aku gumbira.. 

2006年11月30日(木) 15時14分
僕は今日凄い嬉しいです。 なぜかかというと、日本語で入力する方法もう分かったぞ!知りたい人、このページを参考してね。LINK
これからも、日本語を忘れないように頑張ろうぜ!

ちなみに、このブログは自分の生活の中に起きる色々な出来事や便利な情報が載ってます。ブログを書くきっかけは息子のウマールの事を特に彼のおばあちゃんとおじいさんに見せたいからです。

Jom Ghayer 

2006年11月30日(木) 12時32分
Raya Tahun 2006
Tema: Merah Gelap


Raya Tahun 2005
Tema: Apa-apa jer



Read more
P R
2007年01月
« 前の月  |  次の月 »
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
Profile
  • プロフィール画像
  • アイコン画像 ニックネーム:dirozaroma
読者になる
The writer of this blog is father of baby Umar residing in Malacca, Malaysia.
Latest Comment
アイコン画像Abu Umar
» Kelahiranmu (Versi Jepun) (2006年12月01日)
アイコン画像aslan
» Kuah Tumpah ke Nasi (2006年12月01日)
アイコン画像aslan
» Kelahiranmu (Versi Jepun) (2006年12月01日)
アイコン画像Nik
» Kelahiranmu (Versi Jepun) (2006年12月01日)
Send e-Mail

TITLE


MESSAGE

Yapme!一覧
読者になる